Wednesday, April 26, 2017

03.Epilogue Poligami Kerana Zuriat



Percaturan Tuhan itu amat lengkap,indah dan misteri dari pelbagai sudut

Kehadapan suamiku,

Bagaikan Mumtaz cintakan Shah Jihan,Bagaikan Majnum cintakan Laila,begitulah juga cintaku padamu.Walaupun kita kini berjauhan,namun diriku masih untukmu kekasihku...

Syakir merenung ke luar kapal terbang.Melihat kepulan awan yang membentuk pelbagai corak dan bentuk.Dirinya dibuai bersama kepulan awan tersebut.

Carilah Syazana di New Zealand dan menikahlah dengannya semula kerana bagiku,dialah calon yang sesuai untuk menggantikan tempatku kelak.Dan juga aku merasakan anakku selamat berada dengannya.

Suamiku,

Beberapa hari ini,hati ini berasa tidak sedap hati.Mungkin ia cuma gemuruh melahirkan anak pertama.Namun,jika Tuhan mengambil nyawaku kau jagalah anak kita dan didiklah beliau supaya menjadi insan yang berguna.

Siapa sangka selama ini ada hikmah juga Tuhan memberikan kepada mu dua bidadari sebagai peneman.Seperti mengetahui yang pertama akan berlalu pergi dan yang kedua datang untuk menggantikan tempat tersebut.Indah percaturan tuhan.Beberapa hari lalu,diriku ada menghubungi kak Ana melalui Facebook dan ternyata kak Ana masih belum berkahwin dan kini setalah mengembara hampir separuh benua,beliau bekerja di New Zealand.

Isterimu juga ada bertanyakan jikalau beliau sudah berteman namun kak Ana masih menutup hati untuk bercinta selepas kejadian beberapa bulan dahulu.Sayangku,pergilah membawa kunci dan bukalah hatinya.Bukakanlah hatinya dan berkahwinlah dengannya semula.Kalau dirimu boleh melaksanakannya,terima kasih kerana telah memenuhi impian terakhirku

Yang benar,
Isterimu,Farah Aida

Syakir merenung pada helaian kertas bertulis alamat serta bangunan dihadapannya.Kalau betul apa yang ditulis,disinilah alamatnya itu.
Syakir membuka pintu kafe tersebut.
Welcome to…”Syazana tergamam.
Mata mereka bertemu.LamaAkhirnya Syakir kembali ke dunia nyata dan mendekatkan dirinya kepada Syazana.
How are you,Syazana…”
Syazana tersenyum nipis.Fine,how are you Mr Syakir.
Dan yang selebihnya Syakir dan Syazana berkahwin semula dan anak perempuan Syakir dan Farah Aida diberi nama Nur Farah Aida bt Mohd Syakir sempena nama ibu kandungnya

-END-

No comments:

Post a Comment