Wednesday, April 26, 2017

00.Poligami Kerana Zuriat





Apa rasa apabila tiada lagi motivasi,alasan dihinggap lalat sebab masih guna motif basi…

Syakir melepaskan lelah.Fikirannya serabut.Adakah betul pilihan yang dibuatnya ini?Masihkan belum terlambat untuk dirinya menamatkan semua ini sebelum ianya bermula?Dia mengeluh lagi.
Ketukan di pintu membuatkan Syakir tersentak.Wajah ibunya ditoleh.
“Syakir fikir apa lagi tu?Cepat…Diorang sudah telefon kata tok kadi dah sampai tu”
Syakir hanya mengangguk lemah.Telan mati mak,luak mati bapak.Itulah yang dirasainya kini.Buntu!

***

Syakir merenung ke arah Farah Aida yang berada di penjuru ruang tamu sebelum melafazkan akad.Kata-kata yang diucap tok kadi langsung tidak dihiraunya.Dunianya bagai terhenti seketika.
“Syakir”
Syakir tersentak saat tangannya yang digenggam tok kadi dihayunkan.Syakir tergamam.Dia langsung tidak memberi perhatian tadi kepada lafaz tok kadi.Sudahnya,tok kadi mengulangi ayat tersebut dan sekali lafaz,Syakir sah menjadi suami kepada Nur Syazana bt. Asnaf.
Sewaktu menyarungkan cincin di jari manis Syazana,mata Syakir sempat mengerling ke arah Farah Aida.Kelihatan isterinya yang pertama itu tersenyum sahaja sepanjang majlis sehingga kini.Walau hakikatnya,aku tahu ianya amat pedih untuk dihadam.Baik untuk dirimu dan juga untuk diriku.Bisik Syakir di dalam hati.Semua majlis berjalan dengan lancar pada hari itu.

***

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah mereka pada lewat malam,Syakir langsung tidak bersuara.Syazana melabuh duduk di penumpang hadapan manakala Farah Aida dengan sukarela duduk di belakang.Sesekali mata Syakir melihat cermin pandang belakang.Melihat isterinya,Farah Aida.Dirinya mengeluh perlahan.
“You letih ke?”Soal Syazana lembut.
 Syakir mengeluh lagi.Lemah lalu menoleh ke sisi.Senyuman hambar diberi.”Ha’a.Letih”
“Kalau macam tu balik nanti I boleh tolong urutkan you”
 Syakir tidak menjawab.Hanya senyuman diberikan.Ya Tuhanku.Sesungguhnya aku tidak ingin menduakan isteriku.Tapi apakan daya,kalau ini yang mampu memberi kebahagiaan kepada mama dan jika ini yang tertulis untukku,aku redha.Tengiang kata mamanya pada tempoh hari

“Mama nak Syakir kahwin lain.Mama dah cari calon yang sesuai untuk Syakir.Bulan depan mama akan pergi merisik”
 Farah Aida yang berada di sisi Syakir hanya mampu tunduk.Biarlah perihal ini Syakir dan mamanya yang selesai.Bagi dirinya,dia redha dengan segala keputusan yang dibuat.Kalau itu yang mampu membawanya ke jannah dengan mentaati perintah suami dan kalau itu yang mampu membawa suaminya ke jannah dengan mentaati perintah ibu,dirinya redha.
“Tapi ma,Syakir kalau boleh tak mahu berpoligami”
“Bini kamu tu mandul,kamu tahu tak?Sudah dua tahun kamu berdua kahwin tapi tak dapat anak.Apa aku nak cakap dengan jiran-jiran,kawan-kawan aku?”Berang Puan Mastura.
“Zuriat itu kan rezeki tuhan.Cepat atau lambat itu semua sudah tertulis.Kalau mama mahukan zuriat sangat,kami boleh ambil anak angkat”Syakir cuba mempertahankan rumah tangganya itu.
“Itu bukan darah daging namanya,Syakir.Mama tak kira,yang mama tahu bulan depan mama akan pergi merisik anak pak Asnaf tu.”Ujarnya sebelum beredar.
 Syakir yang tergamam hanya mampu mengeluh.Ya Tuhan.Kenapa berat dugaan yang diberikan kepadaku ini.Mungkin dahulu sewaktu bujang,poligami merupakan satu bahan jenaka dan semua orang mahukannya jikalau diberi pilihan.Namun,setelah membina bahtera,poligami itu seperti sesuatu yang digeruni oleh dirinya.Beliau risau jika beliau tidak mampu berlaku adil,malahan beliau amat sayang dan cintakan akan isterinya kini.Syakir mengeluh lagi.Mukanya dikatup dengan tangan sambil membongkok.
“Abang…”
 Syakir tidak memberi respon.Farah Aida mengeluh perlahan.Dirinya tahu yang suaminya itu kini berada di situasi yang ditelan mati mak diluak mati bapak.
“Kalau mama berkeras nak abang berpoligami,Farah izinkan bang.Lagipun memang betul.Sudah dua tahun kita kita kahwin tak dapat anak.Kalau diikutkan,abang berhak kahwin lagi satu dan Farah tak ada hak untuk menghalang.Kalau itu pilihan mak dan yang terbaik untuk keluarga kita,Farah izinkan…”

***

Syakir meletakkan tangannya di belakang kepala.Fikirannya terbawa jauh kepada peristiwa tempoh hari.Dirinya mengeluh lagi.
Kasihan Syazana,orangnya bukan tidak baik.Namun,apakan daya.Apabila pintu hati tertutup untuk menerima orang lain selain Farah Aida,agak sukar untuk menimbulkan rasa cinta untuk orang baharu.
“Abang tak tidur lagi?”
Sapaan Farah menyetakkan Syakir.Terus dirinya merubah posisi kepada duduk.
“Sayang buat apa tengah malam tak tidur lagi?”
Farah Aida tersenyum nipis.”Patutnya Farah yang tanya kenapa abang tak tidur lagi.Tak elok darah manis tidur lewat”
Syakir berdecit.”Farah ok ke Syazana tinggal sebumbung dengan Farah?”Soal Syakir setelah seketika menyepi.Cuba mencari waktu yang sesuai untuk menanyakan soalan itu.Masakan tidak,kedua isterinya itu masing masing tinggal bilik berhadapan antara satu sama lain.”Kalau sayang rasa tak selesa,abang dengan Syazana boleh cari rumah lain”
Farah Aida mengeluh lembut.”Abang…Farah kan dah kata hari tu.Farah dah redha dengan semua ini.Kalau ini yang terbaik untuk keluarga kita,Farah akan terima.Pasal tinggal sebumbung ni,jujur Farah kurang selesa.Tapi,lama-lama biasalah tu.Jangan risau lah.Farah ok ja”
Syakir mengetap bibirnya lembut.”Maafkan abang sayang…”
Farah yang tidak lekang dengan senyuman satu hari ini melabuh duduk sebelah Syakir.Rambut suaminya diusap lembut.Syakir yang khayal dengan belaian Farah melentokkan kepalanya di bahu isteri.Harapnya ada pelangi sesudah ribut yang melanda ini.Bisiknya di dalam hati.
Syazana yang berada di tingkat atas melihat pasangan suami isteri tersebut dengan perasaan yang sebak.Adakah dirinya ini perosak rumah tangga?Jika diberi pilihan,dirinya juga tidak ingin bersuamikan hak orang lain.Namun apakan daya.Percaturan orang tuanya telah meletakkan dirinya di dalam situasinya kini.Dengan sebak,Syazana kembali ke kamar bilik.
“Abang pergi lah tidur.Kesian kak Ana sorang-sorang dalam bilik tu”
Syakir mengetap bibirnya perlahan.”Habis tu,Farah?”
“Tak apa lah.Farah dah selalu abang teman.Biarlah hari ni abang teman kak Ana pula”
“Abang sayang sayang…”Dengan sebak yang tidak mampu ditahan sejak seharian ini,tangan isterinya dikucup lembut.Titisan air mata jatuh juga.Sungguh berat dugaan yang dihadapi kami kini.Ya Tuhan,kuatkanlah kami untuk menempuh hari yang mendatang…

No comments:

Post a Comment