Wednesday, April 26, 2017

01.Poligami Kerana Zuriat





Kerna terpaksa aku relakan…

“Abang nak makan?Ana dah masakkan nasi goreng untuk abang”
Sapa Syazana sebaik melihat suaminya memasuki ruang dapur.Tangannya sibuk menghidangkan juadah sarapan di atas meja.
Syakir hanya menggariskan senyuman lalu duduk.
“Farah tak turun lagi?”
“Tak nampak pun dari tadi”Jawab Syazana sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.
 Syakir mengeluh perlahan.Masih lelapkah isterinya itu?Semalam atas permintaan isteri,Syakir akur dan tidur bersama Ana manakala Farah tidur di kamar sebelah.Masuk sahaja di dalam bilik,kelihatan isteri barunya itu sudah pun di buai mimpi.Bangun pada pagi tadi pun,isterinya itu telah hilang dan bantal sudah tersusun rapi.Kerna terpaksa aku relakan,aku akan cuba tempuh hari yang mendatang.
“Tak apa lah.Saya pergi panggil”
Syazana mengetap bibirnya perlahan.Dirinya membahasakan suaminya abang namun hanya saya yang dapat sebagai jawapan.Lagi pula,sepatah disoal sepatah juga yang dijawab sedari semalam.Perasaan cemburu mula terbit pada diri.Namun,hatinya cuba dipujuk lembut.Mungkin Syakir memerlukan masa.Lagi pula dia merupakan orang ketiga.Sabar dan berserah kepada Tuhan.
“Tak apa abang.Ana pergi panggil.Abang makan lah dulu.Nanti lewat pula pergi kerja”
 Bahu Syakir ditepuk lembut.Syakir yang tadinya sudah bersedia untuk bangun kembali duduk.Hanya anggukan menjadi jawapan.Syakir melihat isteri barunya itu sehingga hilang di balik dinding lalu mengeluh.Macam mana aku ingin mencintai orang yang aku tidak cinta?Mampukah isteri barunya itu tembusi hati yang kini hanya dihuni oleh Nur Farah Aida bt Zainal Abidin?Dia mengeluh lagi.Juadah sarapan yang berada di hadapan langsung tidak memberi selera untuknya.
  Farah!
Syakir tersentak saat terdengar jeritan Syazana dari tingkat atas.Dengan pantas,dirinya menapak ke tingkat atas sambil memanggil nama isteri barunya.Namun,tiada jawapan.Itulah yang membuatkan Syakir semakin berasa risau.Pintu bilik Farah Aida yang dikuak sedikit ditolaknya kasar.Tergamam dirinya melihat sekujur tubuh wanita yang bertelekung terbaring di atas lantai.Pantas Farah dicapai Syakir.
“Sayang…Bangun sayang!Sayang...”Syakir menepuk lembut pipi isterinya sambil meletakkan isterinya di atas paha.Sesekali isterinya dipeluk kejap.
“Ana?Dia baru pengsan ke?”
“I masuk bilik tadi dia memang dah pengsan”Jawab Ana yang masih tergamam.
“Tak apa.I bawa dia pergi hospital.U inform mama ya”Arah Syakir lalu mendukung isterinya keluar.

***

Puan Mastura segera mendapatkan Syakir yang sedang duduk di ruangan menunggu.Sunggul sahaja wajah anaknya itu.
“Syakir”
Syakir menoleh saat namanya dipanggil.Melihat Puan Mastura yang mendekati,dirinya mengeluh perlahan.
“Syakir,doktor cakap apa?”Soal Puan Mastura.Namun,soalannya tidak dijawab.Syakir hanya kaku di situ.
“Syakir,mama tanya ni.Farah macam mana?”Puan Mastura meninggikan sedikit suaranya.
Syakir menoleh.
“Farah sihat…”Dia mengeluh lemah.”Kandungan di dalam badan dia pun sihat”
Puan Mastura tersentak.
“Biar betul Syakir?Farah mengandung?”Soalnya lagi.Suaranya kedengaran gagap akibat terkejut.
 Syakir hanya mengangguk.Dirinya kini dalam keadaan emosi yang amat tidak stabil.Sedih kerana isterinya di dalam keadaan mengandung terpaksa hadapi konflik yang ada kini.Marah kerana Puan Mastura lah punca konflik ini berlaku.Sudahnya,dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Berdiam itu lebih baik daripada terkeluar kata-kata yang mampu menempah tiket ke neraka jahanam kelak.Walau bagaimana marah pun dirinya kepada Puan Mastura,dia tetap beringat bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.
“Encik Syakir”
 Syakir tersentak lalu bangun mendapatkan doktor yang memanggilnya itu.
“Doktor,isteri saya macam mana doktor?”
Doktor Rahman tersenyum.”Jangan risau,isteri encik sihat.Cuma tekanan darahnya agak tinggi itu yang membuatkan beliau pengsan.Mungkin sebab stress atau tidak cukup rehat barangkali.Lagi pula bila berbadan dua.Memang memerlukan rehat yang cukup”
Syakir hanya mampu mengetap bibirnya.Dia kelu untuk berkata.Kenapa Farah merahsiakan perihal kandungan itu kepada dirinya?Kenapa?Jikalau dari awal isterinya itu memberitahu,segala konflik ini tidak akan berlaku.
“Kandungan dalam isteri saya macam mana doktor?Sihat?”
“Kandungan alhamdulillah sihat.Encik jangan risau.Cuma itulah,kalau boleh elakkan isteri encik merasa stress dan pastikan beliau dapat rehat secukupnya.”
“Bila boleh isteri saya discharge doktor?”
“Kami akan wadkan beliau satu malam.Esok kalau tak ada apa boleh lah discharge”
 Alhamdulillah.Ucap Syakir di dalam hati.Mujur semuanya baik baik sahaja.
“Terima kasih doktor…”

***

“Assalamualaikum…”Syakir menguak sedikit pintu.
Farah Aida yang lengkap memakai baju pesakit tersenyum lemah menjawab salam.
“Macam mana?Dah rasa ok sikit?”
Farah mengangguk lemah.Keadaan menjadi tenang seketika sebelum Farah mendapatkan tangan suaminya lalu dikucup.Air mata dirembes keluar.
“Maafkan Farah bang.Maafkan Farah…”
Syakir terkedu.Mungkin isterinya sudah tahu bahawa suaminya tahu yang dirinya kini mengandung.
“Maafkan Farah sebab rahsiakan perkara ini dari abang.Maafkan Farah.Farah cuma tak mahu abang derhaka kepada mama.Maafkan Farah,bang”
Kedengaran jelas esakan Farah diselang penerangannya itu.Syakir terkedu.Sejak mendapat tahu bahawa isterinya itu telah mengandung sebulan,lututnya menjadi lemah.Sudahnya dia bersandar di dinding sebelum mendapat kudrat untuk berdiri dan melabuh duduk.Kenapa Farah?Kenapa Farah rahsiakan perkara ini dari abang?Adakah Farah memang ingin bermadu?
“Maafkan Farah bang.Farah tak mahu sebab ini Farah tidak dapat bau syurga”
Allahu…Farah berasa dirinya kini telah melakukan dosa yang amat besar kepada suaminya.Namun,jika dirinya memberitahu,perkahwinan yang telah diatur oleh Puan Mastura mungkin terbatal dan ia mungkin menconteng arang di atas kedua keluarga tersebut.Jadi,biarlah dirinya yang tidak berkeluarga ini,anak yatim piatu berkorban untuk seorang suami.Harap dengan pengorbanan ini mampu diberi kebahagiaan kelak.
“Kenapa sayang tak bagitahu abang dari awal lagi?”Soal Syakir lembut.Kalau hendak marah pun tiada guna.Doktor pun sudah pesan bahawa isterinya itu jangan diberi tekanan.Kepala isterinya diusap lembut.Jarinya mengusap lembut rambut isterinya yang panjang itu.
“Farah tak mahu disebabkan Farah,abang bergaduh dengan mama.Abang derhaka dengan mama.Lagipun Farah tahu yang Farah mengandung dua minggu selepas abang bertunang dengan kak Ana.Apa pula kata orang nanti kalau abang batalkan tunang dengan kak Ana”Jelas Farah Aida dengan esakan.
Syakir tergamam.Ada betul juga kata isterinya itu.Jika dia dapat berita ini lebih awal,sudah pasti dia akan membatalkan perkahwinan semalam.Masihkah belum terlambat untuk aku membuat demikian?Lagi pula Syazana belum aku sentuhi…

No comments:

Post a Comment