Wednesday, April 26, 2017

02.Suicide Peluang Kedua




"Barangsiapa bunuh diri dengan menggunakan besi, maka tangannya akan melukai perutnya sendiri dengan besi itu di neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya. Barangsiapa bunuh diri dengan cara minum racun, maka ia akan terus meminumnya di neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa melompat dari tebing untuk bunuh diri, maka ia akan terus terjatuh di neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya. ( HR. Muslim: 313)."

“Saya rasa saya sudah bersedia untuk menceritakan mengapa saya melakukan apa yang saya lakukan tempoh hari…”
Doktor Sofia terkedu.Beliau kemudian melorekkan senyuman nipis lalu menutup semula pintu.Beliau kembali melabuh duduk.
“Baiklah…Saya mendengar”
“Semuanya berlaku semenjak saya masih kecil.Saya sudah menjadi yatim piatu sejak umur saya berusia lima tahun.Kemudian,saya diletakkan di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah...”
Aku memejamkan mataku menahan sebak.Menahan sebak apabila kenangan silam bermain di minda bagai sebuah pita rakaman.Aku menarik nafas sebelum meneruskan cerita.
“Dari kecil,saya merasa cemburu apabila melihat orang lain bersama keluarga.Saya sering bertanya kepada diri sendiri.Kenapa saya?Kenapa saya yang harus menjadi yatim piatu dan bukan mereka?Kenapa saya yang harus menjalani kehidupan sebegini?Setiap malam saya menangis mengenangkan nasib ini.Namun,semakin saya menginjak dewasa,saya sudah mula boleh menerima hakikat.Mereka selalu mengajarkan saya bahawa semua yang berlaku ada hikmah.Tetapi,hikmah tersebut masih saya belum temui sehingga kini.Oleh sebab itu,saya merasakan adakah Tuhan itu bersifat adil?
Doktor mungkin merasa saya ini sudah sesat.Sudah jauh dari Tuhan.Mungkin itulah yang saya rasakan juga.Lagipula Tuhan tiada sewaktu saya susah.Jadi mengapa saya harus menyembahnya di waktu saya senang?
Saya keluar dari rumah tersebut sewaktu umur saya 18 tahun.Saya kemudian bekerja di sebuah kilang.Saya telah menemui cinta di sana.Namun,apakan daya.Kerana harta,dia tinggalkan saya.Kini dia bersama dengan seorang yang kerja berpangkat besar.Berbanding dengan saya yang hanyalah seorang operator,apalah sangat baginya.Tidak cukup dengan itu,beberapa bulan yang lepa dek kerana kegawatan ekonomi,kilang yang saya bekerja telah ditutup.Sejak dari itu,saya hilang punca pendapatan.Saya ada juga meminta pekerjaan di tempat lain namun ramai yang sudah penuh atau mereka hanya mahu mengambil pekerja warga asing kerana kos yang rendah.Habis tu?Macam mana saya ingin meneruskan hidup?Sudahnya saya bertekad bahawa tiada gunanya lagi hidup di dunia ini.Semakin hari serasa sesak di dada.Oleh itu,saya rasa lebih baik saya hentikan segalanya.
Pada pagi tersebut,saya menaiki City Liner dari Sungai Petani ke Kuala Muda dan berjalan kaki ke tebing di atas gunung tersebut.Saya ada juga berfikir sebelum saya terjun itu.Namun,saya rasa itulah pilihan yang terbaik…”
Aku melepaskan lelah.Perlahan..
“Sungguh..Saya rasakan yang saya benar-benar sudah meninggal.Namun,sedarnya saya tempoh hari,saya berada di hospital.Kenapa Tuhan tidak membenarkan sahaja saya meninggal pada waktu itu doktor?”
“Sebab Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk awak”Jawab doktor Sofia ringkas.
“Tetapi,sepanjang hidup saya,saya sering ditimpa malang dan kegagalan.Perancangan apa lagi yang Tuhan ingin aturkan kepada saya?”
Doktor Sofia tersenyum nipis.”Rancangan Tuhan adalah rahsia Tuhan.Tetapi percayalah.Semuanya ada hikmah disebalik semua itu.Dan saya percaya awak masih hidup sekarang pun disebabkan takdir dan hikmahNya.Cuma awak masih tidak nampak lagi.”
Hikmah…Entahlah.Aku sudah letih menunggu hikmahNya.
“Esok In Sha Allah saya akan datang lagi”Doktor Sofia bingkas dari duduk.
“Azfar..”
Aku mendongak.
“Terima kasih dan tahniah kerana apa yang terbuku di dalam hati awak kini sudah terlepas”Ujarnya beserta senyuman sebelum beredar.
Benar…Aku merasa sedikit lapang.Sebelum ini,aku tidak pernah menceritakan kisah hidupku kepada orang lain.Aku merasakan mereka tidak akan faham apa yang aku lalui selama ini.Mereka dan aku tidak sama.Namun,setelah aku berkongsi dengan doktor,hatiku menjadi tenang.Dadaku terasa lapang.

***

“Doktor nak bawa saya ke mana ni?”
Doktor Sofia melorek senyuman nipis.”Saya nak bawa awak ke tempat yang boleh membahagiakan awak”
Tempat yang boleh membahagiakan aku?
“Tempat apa tu?”
“Nanti awak tahu lah…”
Aku hanya mengangguk.Kereta diberhentikan di hadapan Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan.Aku menoleh ke arah doktor Sofia.Doktor mengangguk memberi isyarat untuk turun.”Jom…”
Aku hanya menurut.Barang yang dibeli diambil dari bonet kereta.
Sebaik sahaja masuk ke dalam,warga emas yang berada di situ kelihatan gembira melihat doktor Sofia.Aku melihat gelagat Sofia melayan warga emas di situ.
“Azfar,marilah sini”
Aku hanya menggeleng.Badanku disandar ke dinding.Jujur,aku merasa kurang selesa.Masakan tidak,yang berada di situ ratanya warga emas yang sudah tua.Ada yang duduk di kerusi roda dengan beg kencing terlekat di sisi.Geli dan amat menjengkelkan.
Sepertinya doktor perasan akan kejengkelanku lalu beliau melangkah ke arahku.
“Marilah...Awak tolong saya masakkan untuk mereka”
Aku hanya menurut dan mengikut langkah doktor dari belakang.
“Awak tahu apa persamaan antara awak,saya dan warga emas yang ada dekat luar tu?”
Aku yang sedang memotong bawang mendongak sekilas lalu menggeleng.
Doktor berdecit seketika sambil tersenyum.”Mereka dan kita masing-masing kekurangan kasih sayang.Mereka itu lagilah.Kasihan.Di usia senja,sepatutnya bersama keluarga tetapi ditempatkan pula di sini.”
“Anak-anak yang bodoh sahaja yang sanggup tinggal ibu bapa diorang di sini”Jawabku ringkas.
“Ada betul juga di situ.Tetapi,ada juga diantara mereka yang dengan rela hati duduk di sini.Awak tahu kenapa?”
Aku menggeleng.
“Sebab mereka merasa sunyi.Setidaknya di sini,ada juga orang yang jaga mereka,ada teman untuk berbual.Di rumah?Jikalau ada cucu tu baguslah.Jikalau tiada cucu dan hanya tinggal seorang sementara anak pergi bekerja atau merantau?Sebab itulah ada antara mereka yang minta untuk berada di sini.Kerana sunyi.”
“Tetapi,kenapa awak kata tempat ini boleh mengembirakan saya?”
Doktor Sofia ketawa kecil.”Awak tak gembira?Bagi saya,ianya satu kebahagiaan melihat warga tua ini tersenyum.Macam awak,awak kata awak tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah kan?Saya rasa di sini,bukan setakat seorang ibu dan ayah,malah dua tiga empat orang ibu dan ayah pun awak bole merasa erti kasih sayang itu”
Aku terdiam.
“Dah,jom kita hidangkan makanan ini kepada mereka”
Aku tersentak saat ditegur oleh doktor.Mengelamun jauh sangat barangkali.
“Nah,ini mak cik…”Aku memerhati doktor dari jauh.Ceria di wajahnya jelas kelihatan.
“Cu…”Aku menoleh.
“Boleh tolong suapkan tak?Tangan nenek ni terketar-ketar nak angkat sudu”
Aku memandang tangannya yang seperti terkena parkinson.Hendak menolak,kasihan pula.Sudahnya aku mengambil bekas makanan tersebut lalu menyudu bubur lalu menyuapkan kepadanya.Sedar tidak sedar habis satu mangkuk dijamahnya.Jelas terpamer keceriaan di wajah nenek tersebut apabila aku menyuapkan bubur kepadanya.Secara tidak langsung,aku turut merasa gembira.Gembira kerana apa?Entahlah...Aku sendiri tidak pasti.
Setelah selesai memberi makanan kepada mereka,aku berpeluang untuk berbual dengan warga emas di situ.Terus terang aku katakan,ada cerita yang diceritakan daripada mereka benar-benar menyentuh hati.Seperti seorang pak cik ini yang ditinggalkan anaknya setelah segala harta telah ditukar milik.Kejam!Sedangkan ramai yang inginkan kasih sayang seorang ibu bapa.Namun,ada orang yang sanggup buang begitu sahaja…
Tetapi,betullah kata doktor…Lawatanku itu membawa secebis kebahagiaan.Kebahagiaan yang aku sendiri tidak pasti mengapa.
“Ada apa yang menggembirakan ke?”
Aku menoleh.Malu pula dengan doktor kerana melihat aku tersenyum seorang diri sedari tadi.
“Tiada apa.Cuma,saya faham apa maksud doktor yang di rumah tersebut membawa kebahagiaan kepada doktor”
“Ya?”Keningnya diangkat sebelah.”Membawa kebahagiaan macam mana itu?”
Aku mengetap bibirku perlahan.”Entahlah…Ianya sukar ditafsir.Namun,kebahagiaanlah yang saya rasakan kini”
Doktor Sofia ketawa kecil.”Sebenarnya,untuk kita merasa nikmatnya dunia dan merasa bersyukur dengan apa yang ada,pergilah ke tempat sebegini.Selain dari rumah warga emas,pusat jagaan anak yatim serta orang kurang upaya juga merupakan satu platform untuk kita muhasabah diri.Dari situ,kita boleh lihat kelebihan yang kita ada dan mula memahami erti kesyukuran.”
“Terima kasih doktor…”
“Sebab?”
“Sebab mengajar saya erti kehidupan…”

No comments:

Post a Comment