Wednesday, April 26, 2017

00.Suicide Peluang Kedua

                                                                 



Memanglah kita tidak nampak siapa masuk syurga atau neraka.Namun,apa yang kita dapat lihat adalah usaha orang itu untuk mendapat syurga Ilahi…

Aku mendongak ke atas.Melihat awan gelap sedang berarak laju menutupi langit yang cerah.Seperti mana bumi bakal menjadi gelap,begitulah juga dengan diri yang jauh tersasar ini.Aku mengeluh panjang.
Adakah benar tindakan aku ini?Aku sedar bahawa tindakan aku ini merupakan tindakan yang salah di sisi Islam dan hina di mata masyarakat.Namun,aku tidak kuat.Aku sudah tidak kuat untuk menghadapi semua ini.Tuhan yang aku harapkan namun Dia tidak juga datang membantuku saat aku patah.Adakah Tuhan itu ada sebenarnya?Atau ia hanya mainan manusia?Perkara yang dibuat buat?
Aku kini bermain dengan mindaku sendiri.Sedang melayan bisikan syaitan yang berbisik di kedua telingaku.Angin menampar pipiku kasar.Air laut yang berada di bawah kelihatan hitam.Seperti ada sesuatu yang memanggilku untuk terjun.Adakah ianya bisikan syaitan?Aku menutup mataku dengan perlahan.Cuba mencari kekuatan dengan apa yang bakal aku lakukan sebentar lagi.
Ianya akan berlaku secara pantas sehingga kau sendiri tidak akan merasa peritnya mati.Mindaku bermonolog.Masihkah kau ingin hidup di dunia yang penuh dengan kekejaman ini?Dunia ini tidak adil,Azfar!Tidak bagi kau kerana kau adalah antara orang yang tidak dipilih Tuhan untuk bernasib baik.
“Diam!”
Kedengaran tawa di dalam mindaku kini.Aku buntu.Mungkin benar katanya.Jikalau aku meneruskan hidup,tiada siapa yang aku boleh harapkan.Tiada siapa yang akan membantuku.Tiada tempat untuk aku bergantung.Aku keseorangan.Oleh itu,lebih baik aku menamatkan episod aku yang perit ini.
Dengan nafas yang ditarik dalam,aku melangkah dari tebing menuju ke air laut yang ganas memukul ombak.Maafkan aku…

No comments:

Post a Comment